kolam
mata air
Kedudukan kolam ini amat unik kerana laluan masuknya adalah melalui jalan utama di kampung Ulu Kuang di dalam Daerah Kinta,Manakala Kolam tersebut berada didalam Hutan SIMPAN kORBU Yang berada dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar.
Kolam air panas ini terletak kira-kira 13Km dari pekan Chemor
Pekan Chemor dengan Kampung Ulu Kuang jaraknya adalah sebanyak 10km.
Manakala bagi perjalanan dari Kg Ulu Kuang ke Kolam Air Panas tersebut adalah sebanyak 3 km.
Kolam tersebut telah popular dalam kalangan penduduk setempat seperti di Kawasan Chemor,Sungai Siput dan sebahagian Ipoh.
Kolam tersebut adalah tidak dimiliki oleh orang persendirian .Seperti yang diketahui sebentar tadi..Kolam tersebut adalah terletak di dalam kawasan hutan simpan.
JKKK kampung Ulu Kuang telah membina sebuah kolam bagi memudahkan pelancong luar dan dalam bagi menikmati kepanasan air yang ada..Anda boleh mandi dan berendam di dalam kolam tersebut.
Kolam tersebut dibina dalam saiz yang agak sederhana kira-kira 8kaki x 10kaki..
Kolam tersebut dibina menggunakan dana yang diberi oleh kerajaan negeri selepas kampung Ulu Kuag memenangi pertandingan keceriaan kampung .
Air yang panas tersebut datang dari mat air yang terletak di celah-celah batu.Terdapat lebih kurang 4-5 mata air yang mengeluarkan air panas tersebut.Air tersebut walaubagaimanapun tidak sesuai untuk diminum kerana jabatan MINERAL DAN GEOSAINS telah membuat kajian bahawa belerang yang terhasil di sekitar mata air panas tersebut adalah agak berisiko tinggi.Menganai hal itu saya kurang pasti dan arif.
Walaubagaimanapun pada setiap hujung minggu atau pada hari cuti umum tertentu..pasti ramai yang berkelah dan menikmati suasana hutan disana.
Sungai yang mengalir dengan tenang dan indah dengan dihiasi dengan batu-batu yang indah juga menambahkan lagi suasana di dalam hutan yang amat menyeronokkan.
Terdapat juga beberapa air terjun yang tidak begitu tinggi disana.InsyaAllah tempat tersebut adalah selamat untuk anda kunjungi!
Jom beriadah bersama-sama !
FOTO-FOTO MENARIK!
bersantai di dalam ayor! sungai nie sejuk
menyelam sambil minum ayor! hehehe
ayor etrjun yang tak tinggi..ada yang lagi tinggi!
senda gurau
hobi susun batu kami :)
menarik bukan??? anda boleh cuba!
arkitek-arkitek seni bina batu!
koleksi batu yang disusun
reunion Kelas TAHUN 6 KREATIF (SK SYED IDRUS Kg.Ulu Kuang)2003
member yang hadir!
SUMBER DARIPADA SAYA SENDIRI :)
wow teringin jgk nak pergi lol cm nie
ReplyDeletex taw lak ade kolam air panas kt sane.kne pegik try nih...thx info!
ReplyDeletepenah pg dulu...tp x sangka plak..da berubah..masa g dulu...cci tgk tempat tu mmg x terjaga.... ^_^ pastu ade 1 jambatan kayu disitu....waktu tu jugak...adik cci dan mak cci ternampak 2 wanita melayu berbaju kebaya dahulu dan bersanggul gulung sedang bermain air disitu...(rendam kaki) kat ats jambatan kayu tu..pada hal cci x nampak sorang pon kat situ.... ( cci x tipu k... hanya allah yg tahu..serius... ^_^ tp masa tu sebelum berubah..kolam yg asal lagi besar dr yang ni.. ^_^
ReplyDeletemcm best je..nak kesana la mcm ni..hehee
ReplyDeleteterbaek..da lme x g..hehe
ReplyDelete