Pelawat :

Wednesday, 30 November 2011

KOLAM AIR PANAS (HOT SPRING ) KAMPUNG ULU KUANG

 kolam
mata air 


Kolam Air Panas ini terletak di daerah Kuala Kangsar/Kinta.
Kedudukan kolam ini amat unik kerana laluan masuknya adalah melalui jalan utama di kampung Ulu Kuang di dalam Daerah Kinta,Manakala Kolam tersebut berada didalam Hutan SIMPAN kORBU Yang berada dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar.

Kolam air panas ini terletak kira-kira 13Km dari pekan Chemor
Pekan Chemor dengan Kampung Ulu Kuang jaraknya adalah sebanyak 10km.
Manakala bagi perjalanan dari Kg Ulu Kuang ke Kolam Air Panas tersebut adalah sebanyak 3 km.

Kolam tersebut telah popular dalam kalangan penduduk setempat seperti di Kawasan Chemor,Sungai Siput dan sebahagian Ipoh.
Kolam tersebut adalah tidak dimiliki oleh orang persendirian .Seperti yang diketahui sebentar tadi..Kolam tersebut adalah terletak di dalam kawasan hutan simpan.

JKKK kampung Ulu Kuang telah membina sebuah kolam bagi memudahkan pelancong luar dan dalam bagi menikmati kepanasan air yang ada..Anda boleh mandi dan berendam di dalam kolam tersebut.
Kolam tersebut dibina dalam saiz yang agak sederhana kira-kira 8kaki x 10kaki..
Kolam tersebut dibina menggunakan dana yang diberi oleh kerajaan negeri selepas kampung Ulu Kuag memenangi pertandingan keceriaan kampung .

Air yang panas tersebut datang dari mat air yang terletak di celah-celah batu.Terdapat lebih kurang 4-5 mata air yang mengeluarkan air panas tersebut.Air tersebut walaubagaimanapun tidak sesuai untuk diminum kerana jabatan MINERAL DAN GEOSAINS telah membuat kajian bahawa belerang yang terhasil di sekitar mata air panas tersebut adalah agak berisiko tinggi.Menganai hal itu saya kurang pasti dan arif.

Walaubagaimanapun pada setiap hujung minggu atau pada hari cuti umum tertentu..pasti ramai yang berkelah dan menikmati suasana hutan disana.
Sungai yang mengalir dengan tenang dan indah dengan dihiasi dengan batu-batu yang indah juga menambahkan lagi suasana di dalam hutan yang amat menyeronokkan.

Terdapat juga beberapa air terjun yang tidak begitu tinggi disana.InsyaAllah tempat tersebut adalah selamat untuk anda kunjungi!
Jom beriadah bersama-sama !

FOTO-FOTO MENARIK!
 bersantai di dalam ayor! sungai nie sejuk
 menyelam sambil minum ayor! hehehe
 ayor etrjun yang tak tinggi..ada yang lagi tinggi!
 senda gurau
 hobi susun batu kami :)
 menarik bukan??? anda boleh cuba!
 arkitek-arkitek seni bina batu!
 koleksi batu yang disusun
 reunion Kelas TAHUN 6 KREATIF (SK SYED IDRUS Kg.Ulu Kuang)2003
member yang hadir!

SUMBER DARIPADA SAYA SENDIRI :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

PUSAT PELANCONGAN GUNUNG LANG (IPOH PERAK)



Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri. Pembangunan seluas 28 hektar ini melibatkan kerjasama di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Lanskap Negara pada tahun 1999. Daya tarikan utama taman ini ialah hamparan bukit batu kapur dan tasik yang belum diterokai. Taman Rekreasi ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada .

Proses pembangunan baru telah dibuat melalui pembinaan fasa kedua taman tersebut. Pelbagai usaha telah diambil bagi mengindahkan lagi Taman Rekreasi Gunung Lang, di antaranya ialah dengan menggabungkan kecantikan semulajadi serta menerapkan unsur-unsur moden dan tradisional. Di laluan utamanya di sepanjang taman tersebut terdapat pelbagai jenis bunga bougainvilleas yang berwarna-warni. Apa yang menarik, terdapat 85 spesis heliconia yang diimport khas daripada negara luar.

Tumbuh-tumbuhan berbau harum yang terdapat di sini telah memberikan aroma terapi di sepanjang laluan pejalan kaki. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah pengunjung harus menaiki bot mengelilingi tasik bekas tapak lombong tersebut sebelum tiba ke kawasan taman .

Tasiknya pula dipenuhi pelbagai jenis ikan selain daripada haiwan reptilia seperti cicak dan ular. Bukit di taman tersebut dihiasi dengan flora dan fauna semulajadi dan sekali sekala pada waktu petang pengunjung boleh melihat monyet, burung dan sekiranya bernasib baik boleh terserempak dengan burung helang. Apa yang menarik, tumbuhan seperti orkid dan pokok buah-buahan tempatan telah dilabel mengikut nama masing-masing.

 PETA KE GUNUNG LANG
ANTARA PERATURAN DI SANA
FOTO-FOTO MENARIK DI SANA! 
 INDAHNYA GUNUNG LANG
 BOT DISEDIAKAN RM3.00 (PERGI BALIK)
 PERMANDANGAN HIJAU
 JAMBATAN KAYU
 KURA-KURA GERGASI
 PERMANDANGAN DARI MENARA TINJAU 
 ANTARA HAIWAN YANG ADA! HATI-HATI!
 BURUNG UNTA PUN ADA DISANA!
 INI EMPUNYA BLOG..EN DERITA MERINDU!
 MEMBER DM..en TAYKO PSYKO (ADHAM)
CHILL+PEACE! HEE..

SUMBER INFORMASI DAN MAKLUMAT DIAMBIL DARIPADA LAMAN SESAWANG 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Thursday, 24 November 2011

WELCOME TO ~~~ Homestay4ud'ipoh.blogspot.com


SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN  KEPADA ANDA YANG SUDI MELAYARI Homestay4ud'ipoh.blogspot.com .Blog ini akan membantu anda dalam mencari tempat-tempat yang ekslusif di Ipoh amnya dan di Perak khasnya.Blog ini juga akan mempromosikan Taman-taman rekreasi yang terkenal di sekitar bandaraya Ipoh.Selain itu juga melalui blog ini ,saya akan sajikan beberapa tempat percutian yang menarik lagi indah bagi mata memandang.Melalui blog ini juga anda boleh memilih Restoran-restoran yang terkenal dan emmmm lazat sekali untuk anda nikmati makana-makanan yang disediakan....
Untuk tempat tinggal??? Melalui blog ini juga anda mampu mencari tempat tinggal yang selesa untuk percutian anda di Ipoh /Perak. :)

Terima kasih di atas kesudian anda dalam menjenguk ke dalam Blog Ini..

p/s : minta komen anda dan TEKAN + pada Google dibawah blog saya :)
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (: